Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya. Pihak pengurusan dan pekerja akan turut sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.
Khususnya, dasar Jabatan
ialah:
- Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan sihat;
- Untuk memastikan bahawa semua kakitangan diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
- Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi;
- Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan dan lain-lain keperluan mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan yang diluluskan;
- Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan
- Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu.
Jabatan yakin bahawa faktor keselamatan dan kesihatan yang
dipertingkatkan secara berterusan mestilah diintegrasikan ke dalam
aktiviti-aktiviti harian kita, dan pengaplikasian cara kerja selamat dan sihat
adalah faktor utama ke arah memastikan kejayaan misi kita. (Sumber dari Laman Web
Rasmi Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia)
Berdasarkan
dasar tersebut, dapat aku fahami bahawa betapa pihak kerajaan turut mengambil
berat berkaitan dengan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.Aku harus
mengambil tahu sedikit sebanyak berkaitan dengan dasar OSHA kerana aku
merupakan salah seorang AJK OSHA dalam komunitiku. Pada mulanya aku agak keliru
dengan OSHA namun apabila aku dan kumpulan OSH Kuala Lumpur berjaya mengadakan
minggu “Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 2011” yang lalu aku kini sudah dapat
memahaminya. Selaku salah seorang AJK aku terlebih dahulu dapat mengikutikursus
keselamatan bersama anggota bomba, polis dan juga membuat pemeriksaan
keselamatan.Namun aku tidak dapat mengikut seminar untuk menderma darah kerana
pada masa tersebut aku sedang mengandung.Walaupun kebanyakan aktiviti lasak
terpaksa aku tolak daripada menyertainya, namun aku amat beruntung kerana dapat
mengikuti seminar terbabit.
Menurut
Dr,Zakir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun, keselamatan dan kesihatan
merupakan fungsi pengurusan sumber manusia yang semakin mendapat perhatian
dalam organisasi masa kini. Kemalangan yang berlaku kesan daripada kecuaian
organisasi terhadap aspek keselamatan dan kesihatan telah menyebabkan banyak
pembaziran dan kesan negatif kepada organisasi. Hal ini terbukiti berdasarkan
peratus jumlah kadar kematian dan kecerderaan akibat kemalangan di tempat kerja
yang disiarkan dalam akhbar sinar harian pada 29hb April 2011.
Aku
berpendapat bahawa kesedaran yang tinggi diperlukan daripada semua pihak untuk
menekankan kepentingan keselamatan dan kesihatan ini. Pada pendapat aku, perlu
wujudnya kepekaan daripada pihak organisasi terhadap setiap isu berkaitan
dengan OSHA ini kerana berdasarkan kepekaan terbabit akan mewujudkan keyakinan
daripada setiap pekerja dalam organisasi terbabit. Bahkan aku rasakan bahawa keyakinan
akan wujud daripada semua pihak dalam organisasi lalu setiap tugasan mampu
mereka laksanakan dengan lebih cepat,berkesan dan selamat.
AKHBAR:
SINAR HARIAN: NASIONAL
TARIKH:
29 APRIL 2011
Lebih
21, 000 kes kemalangan pergi, balik tempat kerja
NUSAJAYA
– Jumlah kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja mencatatkan angka yang
serius walaupun jumlah kemalangan di tempat kerja di negara ini berjaya
dikurangkan sejak 10 tahun yang lalu.
Menteri
Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, pada tahun 2010, kemalangan
pekerja pergi balik ke tempat kerja direkodkan sebanyak 21,909 kes atau 30
peratus daripada 57,656 kes kemalangan industri yang dilaporkan.
Ini
menunjukkan peningkatan berbanding 20,810 kes kemalangan pekerja pergi balik ke
tempat kerja yang dilaporkan pada 2009.
”Ini
adalah di luar kawalan pihak majikan, pekerja itu sendiri kena mengambil
langkah keselamatan sendiri, khususnya mereka ketika pergi dan balik ke tempat
kerja dan kemalangan membabitkan penunggang motosikal,” katanya selepas
merasmikan sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja
2011 di tapak pembinaan Kolej Marlborough di sini, semalam.
Subramaniam
berkata, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Institut Keselamatan dan
Pekerjaan Negara (NIOSH), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan
Pengangkutan Jalan dan lain-lain agensi telah merancang banyak program
kesedaran program ‘Safe Riding’ untuk pekerja yang menunggang motosikal.
Kemalangan
tersebut yang selalunya melibatkan kehilangan nyawa atau hilang keupayaan kekal
menyebabkan kerugian modal insan, kerugian ekonomi kepada negara dan juga
keluarga.
Menurut
statistik yang dikeluarkan Perkeso, 81,810 kes kemalangan industri dilaporkan
pada 2002 di mana 63,423 kes melibatkan kemalangan di tempat kerja manakala
18,387 kes melibatkan kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja.
Ia
menunjukkan penurunan jumlah kemalangan di tempat kerja tetapi kemalangan
pekerja pergi balik ke tempat kerja menunjukkan trend yang meningkat.
Perkeso
telah membayar RM1.549 bilion pampasan mangsa kemalangan industri pada 2010
berbanding RM1.354 bilion yang dibayar pada tahun sebelum itu.
Peningkatan jumlah pampasan itu menurut beliau adalah
disebabkan faktor kenaikan gaji para pekerja di mana semakin tinggi gaji
pekerja semakin besar pampasan yang akan dibayar Perkeso.
Menurut pandangan aku juga, pihak majikan
dan pekerja haruslah bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja bagi setiap pekerja di Malaysia.
Perkara ini bertujuan agar untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan
kesejahteraan setiap pekerja dalam setiap organisasi akan lebih terjamin.
Selain daripada itu, aku juga berpendapat dengan mewujudkan badan yang mengawal
dan memantau aktiviti OSHA, ini akan dapat menghasilkan dan menunjukkan kesan
positif ke arah keselamatan dan kesihatan organisasiku. Justeru, dengan
wujudnya kesan positif terbabit maka setiap isu dan permasalahan berkaitan
dengan keselamatan dan kesihatan pekerja mampu dibendung dan dikurangkan kepada
sifar dalam organisasiku. Ini kerana aku percaya dengan wujudnya badan yang
menyelia OSHA ini bukan sahaja aku, namun setiap pekerja dalam organisasiku
akan dapat berasa yakin dengan badan bertindak terbabit. Disamping itu, kesedaran
keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu sentiasa ditingkatkan dan diteruskan
tanpa sekatan dan batasan masa.
Mengikut pemerhatian aku, aspek keselamatan dan
kesihatan pekerja bukan sahaja perlu diamalkan dalam industri besar namun,
harus juga diamalkan dalam setiap jenis organisasi daripada industri kecil
kepada industri besar. Walaubagaimanapun, pada pendapat aku walaupun wujudnya
OSHA namun, jika tiada kerjasama dan kesedaran yang cukup tinggi daripada
pekerja-pekerja lain mahupun pihak atasan, OSHA pastikan akan menemui jalan
buntu. Oleh itu, setiap pekerja dalam organisasi perlu diberikan latihan atau
penerangan yang terbaik berkaitan dengan OSHA. Hal ini kerana aku percaya
bahawa kesedaran yang dimiliki daripada semua pihak mampu untuk menangani
masalah-masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara lebih
komprehentif untuk membantu dalam pembentukan budaya kerja yang selamat
dan sihat.
Aku faham bahawa dalam kepentingan keselamatan dan kesihatan
terdapat lima faktor utama yang menyumbang besar kepada OSHA. Antara
faktor-faktor tersebut adalah berkaitan dengan mengurangkan kos, memotivasikan
pekerja, mengelakkan tuntutan, memberi motivasi pekerja, menjalankan
tanggungjawab sosial dan yang paling penting adalah imej organisasi. Setiap
faktor amat penting untuk menjaga kepentingan keselamatan dan kesihatan, dan
bukan hanya digunakan dalam organisasiku malahan juga digunapakai dalam semua
organisasi di Malaysia.Menurut Dr. Zakir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad
Hasun faktor pertama kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja adalah
berkaitan dengan mengurangkan kos yang merupakan perkara utama mengapa
keselamatan dan kesihatan pekerja merupakan isu penting dalam organisasi masa
kini. Organisasiku juga menitik-beratkan kos dalam pembiayaan bil-bil perubatan
pekerja. Oleh sebab itu, wujud klinik-klinik panel berdaftar yang membenarkan
pekerja mendapat rawatan secara pembiayaan oleh organisasi.
Sebagai seorang penyelia aku amat bersetuju dengan peraturan
tersebut kerana tidak ramai pekerja akan mengambil cuti sakit
sewenang-wenangnya. Perkara ini penting kerana hanya cuti sakit yang
dikeluarkan oleh pihak hospital atau klinik panel berdaftar sahaja yang
diterima tanpa banyak persoalan. Pandangan aku terhadap peraturan ini adalah
amat tepat kerana hal ini dapat mengurangkan masalah gangguan terhadap operasi
organisasi dan juga pembayaran bil-bil perubatan akan berkurangan. Kesannya,
organisasi aku dapat mengurangkan kos organisasinya.
Menurut Dr. Zakir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun
lagi, faktor kedua bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja adalah
berkaitan dengan mengelakkan tuntutan. Atau dalam kata lain, bermaksud tindakan
oleh pihak berkuasa mengenakan denda atau tindakan ke atas organisasi yang
mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan para pekerja. Faktor mengelakan
tuntutan berkaitan dengan pematuhan organisasi terhadap akta OSHA 1994.Hal ini
bermakna setiap organisasi harus menyediakan persekitan kerja yang lebih selesa
dan memberi kesedaran kepada semua pekerja tentang kepentingan fungsi OSHA
dalam setiap organisasi. Sebagai seorang pekerja aku amat bersetuju dengan
penyataan diatas kerana walaupun organisasi cuba mengelakkan tuntutan, namun
organisasi tersebut haruslah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dalam
OSHA. Dengan ini organisasi terbabit mampu untuk menghalang dan mengelakkan
tuntutan daripada pihak-pihak lain.
Menurut Dr. Zakir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun,
faktor ketiga kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja pula adalah
berkaitan dengan motivasi pekerja di mana dapat dihuraikan apabila organisasi
menekankan aspek keselamatan dan kesihatan maka keselesaan persekitaran tempat
kerja dapat ditingkatkan dan mendorong pekerja untuk melaksanakan tugas dengan
cekap dan berkesan. Mengikut pandangan aku pula, setiap pekerja akan memberikan
sepenuh usaha dan tenaga kepada organisasi apabila setiap pekerja dalam
organisasi merasa selamat dan bebas melakukan tugasan yang ditetapkan. Menurut
aku, apabila organisasi aku mampu menyediakan persekitaran kerja yang selesa,
maka aku akan lebih bermotivasi untuk melakukan tugasanku.
Faktor keempat kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja
menurut Dr. Zakir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun adalah berkaitan
dengan tanggungjawab sosial.Peningkatan aspek keselamatan dan kesihatan juga
merupakan usaha organisasi ke arah melaksanakan tanggungjawab sosial.Aku
berpendapat amatlah menarik apabila sesebuah orgnisasi mampu untuk mengaut
keuntungan tetapi tidak melupakan dan mengambil berat terhadap isu-isu
keselamatan dan kesihatan semua pekerjanya.Pada pendapat aku, ini bermakna
organisasiku bukan sahaja mengajikan kami sebagai pekerjanya sahaja namun juga
menjaga kepentingan kami terhadap keselamatan dan kesihatan.
Menurut Dr, Zakir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun
lagi, faktor terakhir kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja adalah
berkaitan dengan imej organisasi, di mana imej organisasi juga akan dapat
ditingkatkan kesan daripada usaha organisasi ke arah meningkatkan keselamatan
dan kesihatan dalam organisasi. Bagi aku, ini bermaksud setiap organisasi
akan menjaga imej organisasi agar dapat menggambarkan kesan positif untuk
diketahui oleh orang luar. Aku berpendapat setiap organisasi yang mempunyai
imej organisasi yang positif akan memudahkan organisasi terbabit mendapat
perhatian dalam mencari pekerja dan jika organisasi tersebut bertindak seperti
organisasi tempat aku berkerja di mana para pekerjanya akan diberi bonus untuk
menggalakkan kesetian pelanggan –pelanggan terhadap perkhidmatan yang kami
tawarkan.
Kesimpulan yang aku perolehi daripada pendapat Dr. Zakir Mohd
Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun dalam bukunya adalah setiap organisasi di
Malaysia perlu mengambil kira isu keselamatan dan kesihatan dalam mengendalikan
urusan peniagaan mereka. Keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebenarnya
merupakan satu pelaburan positif yang menguntungkan dalam tempoh jangka masa
panjang dan bukannya pembaziran atau kerugian yang akan ditanggung oleh
organisasi. Jika berlaku kemalangan yang boleh memyebabkan kematian dan
kecederaan, ianya lebih merugikan dan memberikan tekanan kepada
organisasi.Realiti ini juga disokong dengan statistik berkaitan dengan
kemalangan perusahaan yang membimbangkan dan melibatkan sejumlah besar
pampansan.
Menurut aku pula, sesebuah organisasi itu pasti dapat
mengurangkan jumlah pampasan dan kos–kos sampingan jika setiap organisasi mampu
menyediakan persekitaran kerja yang lebih sempurna dan teratur. Menjaga
kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja kepadaku juga bermakna setiap
organisasi itu menjaga periuk nasinya di mana kita ketahui bahawa semua pekerja
mahukan keadaan kerja yang selamat, selesa dan aman.Hal ini kerana kebanyakan
masa dalam kehidupan seharian individu dewasa adalah dihabiskan di tempat kerja
itu sendiri. Bagi aku berdasarkan penyatan di atas adalah menjadi kewajipan
untuk semua organisasi di Malaysia untuk mwujudkan persekitaran kerja yang
selamat serta menyedari akan wujudnya undang-undang dan badan berkanun yang
memantau keselamatan dan kesihatan setiap pekerja-pekerja di Malaysia.
Selain daripada itu, aku sendiri sebagai seorang pekerja juga
seharusnya mendapatkan sebanyak maklumat dan ilmu pengetahuan yang mungkin
untuk mengetahui setiap hak-hak yang aku miliki dan membolehkan aku dan setiap
pekerja untuk mendapatkan hak keselamatan dan kesihatan semasa kami menjalankan
tugasan. Perkara ini kerana bagi aku tidak semua kemalangan yang berlaku
berpunca daripada pesekitaran kerja itu sendiri, namun kelalaian dalam menjaga
keselamatan dan kesihatan diri sendiri juga menjadi puncanya dan kemungkinan
juga dapat menjejaskan masa depan diri sendiri.
Tambahan untuk pemahaman aku terhadap OSHA adalah setiap
organisasi juga perlu mewajibkan setiap pekerja untuk mengikuti program
latiahan keselamatan dan kesihatan. Selain daripada itu, badan pemantau OSHA
pula perlu memastikan setiap organisasi di dalam Malaysia menyediakan dan
memberi program latihan berkaitan dengan maklumat tentang kepentingan OSHA
kepada setiap pekerjanya. Hal ini kerana program-program ini berkemungkinan
dapat membantu pihak organisasi atau pekerja. Jika tidak mampu untuk menghalang
100%, namun sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kemalangan tersebut.
Setiap program latihan terbabit perlu sentiasa dipertingkatan dan perlu adanya
penambahbaikan dari tahun ke tahun.
Rujukan :-
Ø http://www.mohr.gov.my/pdf/TNB.pdf
Ø http://www.dosh.gov.my/doshv2/index.php?
Ø option=com_content&view=article&id=85%3Asafety-and-health
Ø policy&catid=40%3Adosh-policy&Itemid=91&lang=ms
Ø
http://www.unevoc.unesco.org/fileadmin/user_upload/pubs/AB5_HealthSafety.pdf
Ø http://eprints.nottingham.ac.uk/382/1/OSH.pdf
Ø http://www.osha.gov/Publications/complinks/OSHG-HazWaste/all-in-one.pdf
Ø http://www.pinoyabroad.net/img_upload/9bed2e6b0cc5701e4cef28a6ce64be3d/Guide_to_OCCUPTONAL_SAFETY_AND_HEALTH_ACT__Malaysia_.pdf
Ø http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/9023/1/pengurusan%0keselamatan%20&%20kesihatan%20pekerjaan.pdf
·
Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohd
Hasun, 2008.Prinsip Pengurusan Sumber
Manusia. Selangor.Leeds
Publications, hlm 241-277.
·
Maimunah Aminuddin, Penterjemah Dr.Fauziah
Noordin, 2003. Asas Pengurusan
Sumber
Manusai. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd, hlm 166-197
·
Faridahwati Mohd.Shamsuddin, Md. Lazim
Mohd. Zin, Zuraida Hassan, Hadziroh
Ibrahim,
Chandrakantan Subramaniam,Ghazali Din,Mohamad Ismail Wasli dan
Edora
Ismail,2006.Pengurusan Sumber Manusia Di Malaysia.Malayia.Mc Graw Hill,
hlm205-224.
No comments:
Post a Comment