Web Berasaskan Teknologi Dan Pembelajaran Dan Pembangunan Pekerja





Hari ini saya ingin mengupas tajuk seperti diatas iaitu web berasaskan teknologi dan pembanggunan pekerja.Disini saya hendak menerangkan antara pembangunan kerjaya yang berakait rapat dengan sistem teknologi. Pembangunan kerjaya merupakan pendidikan formal iaitu suatu latihan yang dapat meningkatkan kerjaya seseorang dalam sesuatu organisasi contohnya kursus Pemantapan Jati Diri. Dengan adanya kursus ini dapat meingkatkan kualiti pekerja tersebut. Dengan adanya pembangunan kerjaya ia dapat membantu pekerja pada masa akan datang iaitu contohnya  dari seseorang itu tidak mahir berkaitan dengan akaun, maka selepas menghadiri kursus tentang akaun, pekerja tersebut menjadi mahir dan mampu melakasanakan tugas dengan lebih produktif lagi. Dengan adanya pembangunan kerjaya, pekerja tersebut dapat meningkatkan pengetahuan dan prestasi kerja.
         Menurut Certo (2000) “states that the purpose of training is to increase the producitivity of employees by influencing their behaviours. Training can be define as a method used to give new or present employees the skills required to perform their jobs.”Berdasarkan proses pembelajaran yang saya lalui, maka dapat saya jelaskan bahawa Teknologi dan Pembelajaran dan Pembangunan Pekerja bermaksud bahawa kebanyakan ataupun setiap latihan yang diberikan oleh pihak oganisasi mempunyai tujuan yang tersendiri. Setiap latihan yang disediakan oleh setiap organisasi adalah bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan juga untuk  menpengaruhi kelakuan ataupun tingkahlaku pekerja terbabit. Namun bagi saya, setiap latihan yang telah disediakan atau yang akan diberikan kepada organisasi kepada diri saya adalah sesuatu yang amat saya hargai. Hal ini kerana bagi saya melalui setiap program latihan yang saya ikuti membolehkan saya untuk mempelajari dan menimba pengetahuan yang baru.
            Manakala menurut Armstrong (1992) “talks about the concept of planned training. Planned training is a deliberate intervention on the job (Kenney abd Reid1988), there is reference to the importance of setting objectives and the planning of the training programmer using the right combination of training techniques and locations in order to achive the trainning objectives.” Pemahaman yang saya pelajari adalah berkaitan dengan konsep latihan yang telah dirancang. Ini bermakna latihan yang dirancang adalah campur tangan yang sengaja di tempat kerja  (Kenney dan Reid1988),  merujuk kepada kepentingan menetapkan objektif dan perancangan pengaturcara latihan menggunakan kombinasi teknik-teknik latihan dan lokasi.
            Saya faham bahawa setiap latihan yang  disediakan bertujuan untuk mendapatkan prestasi, sikap dan perubahan tingkah-laku dengan melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki. Dan bagi memaksimumkan prestasi kapotents untuk meningkatkan produkitivi organisasi. Latihan merupakan sistem integratif  yang memerlukan perkara-perkara lain pada tahap kerjasama yang tinggi dikalangan  pengguna dan pelbagai aktiviti HRM yang dijalankan.
            Sistem Sumber Manusia (HRIS) adalah sebuah perisian ataupun sebuah sistem yang mengendalikan sistem data pekerja iaiatu data peribadi pekerja, cuti, kursus, ataupun apa sahaja tentang maklumat pekerja yang berkait rapata dengan organisasi. Dengan adanya sistem HRIS majikan dapat mencari data-data pekerja dengan mudah, teratur dan senang. Biasanya maklumat yang terdapat di dalam sistem tersebut ialah data-data peribadi pekerja, pengalaman pekerja, gaji pekerja dan prestasi pekerja itu sendiri. Dengan adanya maklumat-maklumat tersebut, majikan dapat meneyediakan latihan yang sesuai untuk pekerjanya berdasarkan prestasinya, kelayakkannya dan kesuaian kursus tersebut.
Apabila kursus dilakukan melalui Sistem Sumber Manusia, pengendalian kursus akan menjadi lebih mudah berbanding penggunaan secara manual. Iaitu peserta hanya meletakkan data peribadi di sistem tersebut dan memilih kursus yang berkelayakan. Di situ pemohon juga dapat melihat kursus yang ditawarkan. Dan pemohon dapat melihat bilakah kursus tersebut dijalankan. Kursus atas talian dengan cara mendaftar di sistem internet yang disediakan. Cara peserta menghadiri kursus tersebut ialah hanya duduk di hadapan komputer yang mempunyai sistem kursus tersebut dan tidak perlu pergi ke tempat yang jauh untuk menghadiri kursus. Di dalam rumah juga peserta boleh menghadiri kursus tersebut dengan syarat mereka mempunyai komputer yang mempunyai sistem kursus tersebut. Berbanding dengan kursus di luar mereka perlu ke suatu tempat kursus dan memerlukan masa yang lama untuk pergi ke tempat kursus. Kos dapat dikurangkan dengan menggunakan sistem. Mereka tidak perlu menggunakan banyak peralatan seperti kertas, tempat kursus seperti dewan. Tetapi masih terdapat kelemahan terhadap kursus atas talian iaitu pengajar tidak dapat memanatu sepenuhnya apa yang peserta buat sepanjang menghadiri kursus tersebut. Tidak semua kursus boleh dilakukan secara atas talian, hanya kursus yang bersifat fakta seperti kursus pengenalan pekerjaan yang hanya perlu peserta duduk di hadapan slide yang dipenuhi maklumat organisasi.
Secara umum, pendidikan adalah 'persediaan minda' dan dijalankan jauh dari kawasan kerja sebenar.Latihan pembangunan yang sistematik, sikap, pengetahuan dan kemahiran adalah ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang untuk melakukan tugasan yang diberi dan menbangunkan pertumbuhan individu dari segi kebolehan, kefahaman dan kesedaran.
            Melalui penggunaan sistem latihan secara sistem ini juga amat memudahkan saya untuk menyemak sebarang jenis latihan yang boleh saya pilih untuk diikuti selain ianya juga memudahkan urusanku untuk mengetahui berapa jam yang telah saya gunakan untuk menghadirikan diri ke setiap latihan. Selain itu, mereka turut boleh meningkatkan pembangunan interpersonal mereka melalui sistem ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga pekerja-pekerja senior yang tidak suka mengunakan sistem ini kerana berpendapat bahawa perubahan teknologi ini menyusahkan dan memberikan alasan bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran komputer selain ianya tidak sesuai dalam peringkat umur mereka untuk menghadirikan diri ke setiap latihan.Bagi saya, sistem Pembelajaran dan Pembangunan adalah satu sistem yang berkesan untuk mengawal, menyediakan panduan pekerja dan pengurusan semua maklumat mengenai latihan.
Selain daripada itu, dalam Teknologi dan Pembelajaran dan Pembangunan Pekerja apa yang saya fahami adalah, ia membuatkan saya teringat kepada sistem yang digunakan oleh syarikat di mana saya diharuskan untuk menyertai program mereka. Mereka menjalankan latihan kepada kakitangan mereka sama ada pekerja asing atau pekerja tempatan. HR jabatan akan mencatat rekod latihan kakitangan mereka, pra-ujian dan pos-hasil ujian. Perkara ini adalah sangat penting untuk mencatat rekod latihan supaya dapat dijadikan rujukan kepada pihak pengurusan atasan untuk membuat beberapa keputusan.
            Selain itu, saya berpendapat bahawa organisasi boleh merancang dan mematuhi latihan pekerja, pembangunan kerjaya dan juga prestasi pekerja. Sistem ini juga boleh digunakan untuk menganalisis pembangunan pekerja, membolehkan untuk mengesyorkan program latihan dan penilaian prestasi secara berkala untuk kakitangan dan akhirnya sistem ini akan membantu pihak pengurusan untuk menganalisis jenis latihan dan keberkesanannya kepada pekerja.
            Kesimpulannya,Teknologi  Pembelajaran dan Pembangunan Pekerja adalah teknologi kini merupakan satu alat untuk memperolehi kelebihan persaingan demi organisasi. Dengan mempunyai teknologi yang canggih, organisasi berupaya bersaing dengan lebih berkesan di pasaran. Walaupun begitu, pengurus hendaklah mengetahui kitaran hayat teknologi agar teknologi organisasi sentiasa seiring dengan pekembangan semasa. Selain itu, pengetahuan manusia dalam menerimapakai teknologi adalah penting agar pembangunan teknologi dilakukan dengan berjaya.
            Saya amat menyokong penyataan di atas kerana walaubagaimanapun sistem organisasi berkembang pesat, namun pihak atasan harus menyedari bahawa tidak semua kakitangan mereka merupakan generasi Y yang menopoli kecanggihan penggunaan sistem teknologi. Oleh sebab itu, pihak pengurusan organisasi perlulah mencari kesesuaian dalam keperluan teknologi dalam organisasi agar seiring dengan keperluan dan penerimaan setiap pekerjanya.




















Rujukan :-

v  Zafir Mohd. Makhbul, Mohd.Hizam Hanafiah dan Fazilah Mohamad
           Hasun.2009.Pengurusan Organisasi.Singapura.Cengage Learning.hlm423-446

v  Margaret Foot and Caroline Hook.2005.Introducting Human Resources
           Management.4TH Edition.Prentice Hall.

v  Ab Azizi Yusof, Mohd Subri Tahir dan Mohammad Ismail.2008.Human Resource
           Management a holistic approach.Shah Alam, Selangor.Arah Publications.






No comments:

Post a Comment